Saturday, 11 May 2013

Negaraku


                Pada tarikh keramat 5 Mei 2013, Hari Mengundi 1 Malaysia telah diadakan di seluruh Malaysia. Hari Mengundi telah diadakan untuk menentukan pemimpin di tempat tersebut.
                Rakyat Malaysia telah pergi mengundi di tempat yang disediakan. Ia bermula pada jam 8 pagi. Mereka harus menerima perencah berwarna biru di jari sebelum mengundi.
                Banyak kenderaan tersusun rapi. Orang ramai lalu-lalang. Tempat mengundi telah dibanjiri. Ada yang selamba dan ada yang berjalan pantas. Mereka mahu segalanya selesai dengan pantas.
                Apabila diteliti kelibat setiap orang, pasti ada yang bergambar. Mungkin seterusnya akan dimasukkan ke laman web sesawang.
                Hari semakin tua, itu bermakna tak lama lagi malam akan menjelang. Waktu yang dinanti-nanti. Inilah masanya. Jumlah undian telah dikira. Pasti ada yang menang dan ada yang kalah.
                Ramai orang sudah terlopong di depan kaca televisyen. Menunggu siaran yang dinanti. Berita. Mereka akan mengetahuinya selepas menonton berita. Selamat menonton!