Pada tarikh keramat 5 Mei 2013, Hari Mengundi 1 Malaysia
telah diadakan di seluruh Malaysia. Hari Mengundi telah diadakan untuk
menentukan pemimpin di tempat tersebut.
Rakyat Malaysia
telah pergi mengundi di tempat yang disediakan. Ia bermula pada jam 8 pagi.
Mereka harus menerima perencah berwarna biru di jari sebelum mengundi.
Banyak
kenderaan tersusun rapi. Orang ramai lalu-lalang. Tempat mengundi telah dibanjiri.
Ada yang selamba dan ada yang
berjalan pantas. Mereka mahu segalanya selesai dengan pantas.
Apabila
diteliti kelibat setiap orang, pasti ada yang bergambar. Mungkin seterusnya
akan dimasukkan ke laman web sesawang.
Hari semakin
tua, itu bermakna tak lama lagi malam akan menjelang. Waktu yang dinanti-nanti.
Inilah masanya. Jumlah undian telah dikira. Pasti ada yang menang dan ada yang
kalah.
Ramai orang
sudah terlopong di depan kaca televisyen. Menunggu siaran yang dinanti. Berita.
Mereka akan mengetahuinya selepas menonton berita. Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment